Posted on

AMMAR BIN YASIR

AMMAR BIN YASIR

Ammar bin Yasir adalah termasuk salah seorang yang pertama masuk Islam. Sebagaimana telah kita baca dalam sejarah Islam bahawa hampir semua orang-orang yang pertama masuk Islam itu menerima seksaan dan pengaiayaan kejam dari orang-orang Quraisy.

Berbagai cara yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang orang Islam dalam melemahkan semangat Islam pada jiwa pengikut Nabi Muhammad s.a.w. yang baru mengenal kebenaran itu. Apabila yang masuk Islam itu dari golongan kaya mereka mengancamnya. ” Apakah kamu berani meninggalkan agama nenek moyang mu, padahal ia lebih baik dari agama baru yang di bawa oleh Muhammad itu?” “Akan kami uji sampai di mana ketabahan mu, akan kami jatuhkan martabat mu, akan kami rosakkan perniagaan mu, serta kami musnahkan semua harta benda mu.”Setelah itu secara bersama-sama mereka menindas kaum mereka sendiri yang telah lebih dahulu beriman kepada Allah S.W.T.

Apabila yang masuk Islam itu orang-orang yang rendah martabatnya, miskin dan dari golongan hamba sahaya dari kaum mereka sendiri, dengan tanpa belas kasihan mereka menyeksanya. Mereka melakukan manusia sama dengan binatang., bahkan lebih kejam dari itu. Mereka tidak segan-segan membakar tubuh yang hidup itu dengan api yang bernyala,memotong-motong setiap bahagian tubuh dan menanam mereka hidup-hidup.

Begitu halnya Ammar Bin Yasir tergolong dari keluarga yang miskin. Ketika kaum mereka mengetahui bahawa Ammar Bin Yasir telah masuk Islam mereka menyerahkannya kepada Bani Makhzum untuk menyeksa dan menganiaya Ammar sehingga Ammar menarik kembali keIslamannya.

Setiap hari Ammar Bin Yasir dibawa ke padang pasir Makkah, lalu di dera dengan berbagai azab dan seksaan. Mereka terus merayu Ammar supaya berpaling dari Islamnya, tetapi Ammar tetap menolak permintaan mereka. Kerana penolakkannya itu menyebabkan penyeksaan terhadapnya semakin keras dan dahsyat. Sehingga pada suatu hari mereka meletakkan besi panas yang di bakar di atas tubuh Ammar. Kemudian di tindih dengan batu dan di sirami dengan air sehingga pedihnya tidak terkira.

Pada suatu hari ketika Ammar Bin Yasir sudah tidak sedarkan diri kerana seksaan yang sangat berat, orang-orang musyrik itu berkata kepadanya: ” Pujalah olehmu tuhan-tuhan kami!” Lalu mereka mengajarkan pujaan-pujaan itu kepada Ammar, sementara Ammar mengikutinya tanpa menyedari kata-kata yang keluar dari bibirnya.

Tetapi betapa kecewanya Ammar ketika ia sedar dan di beritahu oleh mereka bahawa Ammar telah memuja tuhan-tuhan nenek moyangnya dahulu. Maka terbayang olehnya yang Maha Agung, tidak beberapa lama kemudian datanglah Rasulullah melihatnya sambil menyampaikan ucapan,” Bangunlah wahai pahlawan! tidak ada penyesalan atas mu dan tidak pula cacat imam mu.”

Ketika Rasulullah s.a.w. menemui Ammar Bin Yasir di lihatnya ia sedang menangis, kemudian baginda menyapu air mata Ammar dengan tangan baginda sendiri, dan bersabda yang bermaksud: ” Orang-orang kafir itu telah menyeksa mu dan menenggelamkan ke dalam air sampai kamu mengucapkan apa yang mereka katakan…..”

Benar wahai Rasulullah,” kata Ammar sambil menangis. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Jika mereka memaksa mu lagi , tidak mengapa jika kamu ucapkan seperti yang tadi,” lalu Rasulullah s.a.w. membacakan ayat kepadanya:

Kecuali orang yang di paksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dalam beriman.”

Setelah datangnya Rasulullah s.a.w. tersebut, Ammar menjadi tenang, luka-luka yang di deritanya itru tidak terasa lagi. jiwanya merasa bahagia, keimanannya masih tidak cacat dan cela, ucapan yang di lakukan secara paksa tersebut di jamin oleh Al Quran.

Sesudah Rasulullah hijrah ke Madinah, para kaum muslimin tinggal bersama baginda di sana, maka di bentuklah masyarakat Islam dalam sebuah negara dan undang-undang Islam. Kemudian Ammar Bin Yasir pun ke Madinah hidup bersama Rasulullah s. a.w. dalam menegakkan kebenaran.

Ammar Bin Yasir menunggal dunia ketika umurnya mencapai 93 tahun, mati di tangan penderhaka dalam perang Syffin, kerana menurut ramalan Rasulullah s. a.w. ketika baginda masih hidup bahawa Ammar Bin Yasir menemui Ilahi Ya Rabbi sebagai salah seorang tokoh penghuni syurga.

Sumber :

http://nikmaa.multiply.com/journal/item/109/Ammar_Bin_Yasir

About Nia

Namaku Nia Fadila Rizki dan aku biasa dipanggil Nia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s